Khamis, 8 Mei 2008

KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

Chakra De’Surya Spa pilih unsur kemelayuan

Oleh ROSMAH DAIN
Sesekali berubah angin meninjau susun atur dekorasi spa di ibu kota, konsepnya tidak boleh lari daripada seni Bali mahupun Jawa. Sehinggakan alunan lembut lagu yang berkumandang di dalam spa berkenaan juga mengalunkan dendangan lagu-lagu dari tanah seberang itu yang turut menguasai halwa telinga. Namun, berlainan dengan spa ini. Cuba lari daripada konsep yang disebutkan tadi, Chakra De’Surya Spa lebih menitikberatkan unsur-unsur dekorasi moden kontemporari yang lebih kemelayuan. Hiasan ruang menunggu di spa juga mirip seperti kediaman di rumah dengan meletakkan beberapa sofa, meja kopi dan set televisyen bagi pelanggan menenangkan diri sebelum mendapatkan perkhidmatan ‘memanjakan’ diri. Menurut pemilik spa, Dayang Hasmira Ramli, ketenangan dan keselesaan pelanggan menjadi keutamaan kepada dirinya di spa itu. Biarpun spa itu masih baru dibuka, Dayang Hasmira memastikan pelanggannya mendapat hanya yang terbaik agar mereka pulang dengan keadaan puas hati.
Biarpun berkesempatan untuk mendapatkan barangan dari Bali sebagai perabot untuk hiasan dalaman, wanita ini lebih senang menghias spa miliknya ini dengan barangan yang dikeluarkan dari negara ini. Ini termasuklah beberapa perhiasan dalaman yang dibeli daripada syarikat perabot dan perhiasan tempatan. Bagi menambahkan keunikan spa, penggunaan warna terang, putih, merah dan coklat menjadi pilihan kepada dinding dengan kemasan lantai berjubin dan parket (parquet). Tidak mahu padat dengan perhiasan, pokok renek berdaun hijau dan ranting menjadi penyeri di dalam spa ini. Air terjun buatan menjadi daya penarik di bahagian luar menyambut tetamu yang berkunjung dengan haruman kasturi sebagai pewangi. Dayang Hasmira mengakui, konsep susun atur spa berkenaan sepenuhnya datang dari ideanya sendiri.
Tambahnya, seboleh-bolehnya dia tidak mahu susun atur dalaman spa itu terlalu padat sehingga menganggu ketenangan pelanggan yang berkunjung. “Pelanggan datang berkunjung ke sini untuk mencari kedamaian. Itulah yang akan diberikan apabila mereka melangkah ke sini,’’ katanya.

RAWATAN - RAWATAN YANG DITAWARKAN

  • RAWATAN ASAS WAJAH + VIT C + VIT E + KOLAGEN
    + LINGKARAN MATA = RM 126.00
  • RAWATAN ASAS RESDUNG + LILIN TELINGA + LILIN RESDUNG = RM 115.00
  • URUTAN SELURUH BADAN + BEKAM ANGIN @ TUNGKU BANTAL = RM 110.00
  • MANDIAN WAP HERBA + MASKER PEMUTIH SELURUH BADAN + MANDIAN ASAS = RM 117.00
  • MANDIAN WAP AROMA + SKRUB PEMUTIH @ BETIK @ COKLAT @ JASMINE @ BERAS PULUT + MANDIAN ASAS = RM 117.00
  • MANDIAN WAP + SKRUB GARAM BUKIT @ GARAM LAUT MATI + MANDIAN ASAS = RM 117.00
  • MANDIAN WAP AROMA + MASKER TERAPI LAVA SELURUH BADAN + MANDIAN ASAS= RM 117.00
  • RENDAMAN BADAN BERSAMA BUNGA + AIR REBUSAN SIRIH, SERAI WANGI, DAUN JAMBU, DAUN CHAPA, DAUN SERINGAN, DAUN PANDAN = RM 49.00
  • RENDAMAN BADAN SUSU KAMBING = RM 49.00
  • RENDAMAN BADAN DENGAN GARAM BUKIT = RM 49.00
  • MANDIAN PEMUTIHAN 02 STABILIZER = RM 65.00
  • RAWATAN PENGURUSAN BADAN + RAWATAN SELULIT + SAUNA + INFRA MERAH + G5 = RM 198.00
  • RAWATAN REKAHAN KAKI = RM 49.00

KEANGGUNAN, KEAYUAN PERSONALITI

Rasailah kelainan rawatan yang ditawarkan di Chakra De' Surya Spa dengan belaian dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dimana kami menfokuskan rawatan luaran dan dalaman menggunakan campuran yang diformulasasikan dari ekstrak bunga - bungaan dan buah - buahan yang terpilih. Anda akan rasai kelainan dan tampil lebih anggun, tenang dan harmoni. Chakra De' Surya Spa juga mempunyai salah satu kaedah terapi yang dapat membantu mengaktifkan gelombang warna melalui penyerapan sel - sel di dalam tubuh dengan menggunakan kaedah 24k Gold Micro Electrical Coloured Light. Kami juga menyediakan kaedah rawatan Putri Bugis. Rasailah perbezaan yang ketara selepas anda mencuba rawatan di Chakra De' Surya Spa untuk menyerlahkan lagi personaliti diri anda...

Hubungi kami di :

CHAKRA DE' SURYA SPA
54, JALAN 8/23E
TAMAN DANAU KOTA
53300 SETAPAK
KUALA LUMPUR.
03 - 4142 7214
chakradesuryaspa.blogspot.com

DI BUKA SETIAP HARI
DARI JAM 11.00 PAGI - 8.30 MALAM